BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, July 10, 2013

Salam 1 ramadhan =)


Tiba – tiba sebak pulak hati ini..
Kata – kata dia memang sangat bermakna hari ini..
Aku tahu ini yang terjadi hari ini adalah kehendak Allah..
Walau apa pun.. Aku sentiasa  titipkan namamu dalam doaku..
Aku mengharapkannya tapi aku tetap redha ketentuan Allah
Ya Allah.. Andai aku mencintainya.. janganlah sehingga melebihi cintaku padamu Ya Allah..
Bimbinglah aku.. kuatkan lah hati aku..dan kuatkan iman kami ya Allah..
Sesungguhnya kami insan kerdil yang sentiasa bergelumang dengan dosa dunia Ya Allah.
Kau maha mengetahui dan maha pengampun..

Salam Ramadhan.. ternyata ramadhan kali ini tersangat indah =)

Monday, June 17, 2013

Pengantin baru dah pregnant…


Ofismate saya yang kahwin bulan 3 yang lepas dah pregnant..
OOhh.. seriously jelous yang teramat sangat.
Agak – agak bilakah turn aku merasai saat-saat manis macam tu?
Hari – hari tengok news feed pasal baby kandungan kawan- kawan (especially mereka yang first time)..
terbit rasa cemburu.. =(
takpelah.. masa belum tiba.. jodoh pun belum sampai..
terpaksalah terima ini sebab ni ketentuan- NYA.. =(

Wednesday, May 29, 2013

Undangan majlis perkahwinan


Sejuk mata memandang. pasangan yang dah diijabkabulkan..
Masing – masing dengan kisah cinta tersendri..
Apapun aku tumpang bahagia untuk mereka..
Semoga mereka bahagia sampai ke akhir hayat.. :')




Monday, May 27, 2013

Jodoh itu di tangan Allah..


Jodoh..
Sebenarnya aku  terfikir banyak sangat pasal ni..
berapa ramai yang percaya pada jodoh.
Dulu aku pun sama, tak percaya jodoh itu dah ditetapkan
“kalau kita berusaha kuat dgn pasangan pilihan kita, mesti ada jodoh punya lah” haha.. ini dulu.. tapi kalau dah betul bukan jodoh mesti something unexpected will be happened.


Kemungkinan – kemungkinan pasangan yang kita pilih bukan jodoh kita
1) halangan – berupa halangan daripada family, duit, pekerjaan atau sebagainya yang menyebabkan susah nak bina mahligai.
2) dah bercinta bertahun – tahun tapi tak nampak signal dia nak masuk meminang kita,. kita duk Tanya bila nak masuk meminang, dia kata nanti – nanti..( dan agak sakit hati bila tup tup tahu dia suka orang lain )
3) tak Nampak kesungguhan pasangan kita nak bina ikatan cinta yang halal dengan kita.

3 perkara di atas pun dah cukup untuk tahu sama ada dia ada jodoh dengan kita ataupun tak..tp ini berdasarkan pengalamanku..
Sekarang, aku cuba untuk redha dengan takdir yang di tetapkan..

Aku tak tahu sebenarnya aku dikenalkan dengan seseorang ni adalah kerana takdirnya dia jodoh aku.ataupun…mungkin dia hanya persinggahan  dalam hidup seperti yang lepas – lepas. But the special about is, cara diperkenal serupa macam pakcik makcik zaman dulu – dulu.. heheh. Bukan kerana teknologi.. new experience maybe..

tapi pada aku, Biarlah bersyak wasangka seperti ini. sekiranya terluka lagi ia takkan beri luka lebih dalam seperti dahulu. itu pun dah cukup. Aku rasa cukup dengan air mata untuk kembali bina kekuatan. itu bukan kelemahan.. tapi kekuatan untuk tabah dengan hidup yang Allah rancangkan.

Semua ini masih rahsia Allah sehingga mungkin dapat dirungkaikan kelak…
=)

Tuesday, May 21, 2013

Cuba...


Aku teringat satu kisah cinta.. terbaca dalam luahan hati seorang lelaki terhadap seorang insan yang dia sayangi.dalam sebuah majalah. Bagaimanapun terhalang kerana orang tuanya telah mencarikan jodoh untuk lelaki itu. Perempuan itu tabah dan memberi kata – kata semangat pada lelaki itu supaya dia tabah dan akur keputusan yang telah ditentukan. 

Lelaki tu menangis. tetapi perempuan tu tenang je.. subahanallah.. ada kan perempuan dapat tahan air matanya dari mengalir walau hati wanita itu cepat tersentuh.. 

selepas lelaki itu berkahwin, dia masih tak lagi mencintai wanita pilihan keluarganya itu.. masih teringat pada bekas kekasihnya. lelaki itu telah menghubungi keluarga bekas kekasihnya dan dapat tahu bahawa dia tengah sakit. Tetapi abangnya telah beri amaran supaya tidak mendekati adiknya lagi.. takut menambah luka hati adiknya itu.


Saya kagum dengan perempuan tersebut kerana
1) dia hormat pada pilihan keluarga lelaki tersebut
2) dia mampu selindungkan kesedihan terhadap lelaki yang dia cintai
3) dia sanggup tanggung derita sendiri dan beri kekuatan pada kekasihnya tanpa perasaan marah.
Cinta wanita itu sangat ikhlas.. tapi apakan daya jodoh tiada..=(


Sebenarnya, aku keliru dengan perasaanku sekarang. Aku tak pinta ini terjadi. saat aku pasrah untuk menerima apa yang mendatang. Saat aku anggap semua lelaki yang hadir dalam hidup aku tak lebih dari seorang kawan, saat aku menjauhkan diri sebab tertekan dengan orang 2 yang cuba mendekati aku lebih dari seorang kawan.. saat aku bersendirian dan berdikari dengan kehidupan yang sumpah best sgt.... Allah mempertemukan dengan sesuatu yang langsung tak dijangka sbb ia memang langsung tak dicari.. sebab aku teringat kata2 dipetik dari sebuah blog “ jodoh kita mungkin dengan orang yang dekat je dgn kita”

Sayang itu memang dah mula ada.. Tetapi Andai kata aku benar - benar jatuh cinta lagi.. Aku harap, aku mampu jadi seperti wanita tersebut. Andainya kebahagiaan itu belum muncul, aku harap mampu harungi lagi segalanya dengan tabah tanpa mempamerkan ia kepada orang lain..  Dugaan yang aku terima pada tahun 2012 & 2013 ni tersangat lah kuat. Tapi.. Alhamdulillah aku bangkit kembali.. Bukan kerana sesiapa.. tetapi kerana diri sendiri..  Cuba juga berbahagia walau dalam tangisan :’)

Wednesday, April 3, 2013

Hobi..

Hobi.. semua orang ada hobi kan..
Tapi kalau hobi setakat menonton TV ke.. surfing internet tu macam tak berapa meriah sangat lah kan..
Kadang - kadang.. aku cakap gak kat diri sendiri..
aku minat ape..
aku suke buat ape..aku pun dah jemu gak hobi surfing2 internet ni kihkih

Yes.. aku sbnrnya suka sangat - sangat seni lagu.. bukan seni melukis eh.. aku menyammmpahh.. haha
Dulu kecik2 aku minat sangat2 buat lagu kanak - kanak..
Tapi sebab ada instrument recorder je.. itu je la aku buat lagu.. kadang2 lagu nyanyian kat sekolah tukar version recorder plak.. hihi.. camtu lah dia punye minatnye.. tak lama lah.. ada satu kes aku menggasak main recorder time nak maghrib, lepas maghrib recorder tersebut berbunyi sendiri.. fuuuhh ketakutan tau.. sejak tu takut nak main recorder la sbb takut hantu2 pegi ajuk main balik recorder tu haha..

Itu lah dek kesah nya.. aku dah lama berhasrat nak buat lagu2 sendiri.. tp perlu la ade instrument sendiri dulu.. sooo.. kene beli gitar acustic/ kapok lah untuk beginner mcm aku ni. blajar2 main gitar semua.. owh tah bile nak belinye.. tolong2 sape2 belikan boleh.. nanti claim huhu.. malaih aihhh bab cari2 ni bukan reti sgt huhu..

Ni la kalau famili takde background seni.. hhiihi.. dalam family aku sorang ja gila menyanyi.. tgah drive, merempit, dapur, bilik air, ruang tamu, bilik tidur.. aku je lah yang kuat melalak.. org kata kalau menyanyi time masak kat dapur kwin dpt dgn org tua.. huuuhhh ade aku kesahh???? Heheh.. disebabkan masa dah terlampau banyak free ni.. aku rasa sangat bersesuaianlah aku jadikan seni lagu sebagai hobi baru yang semmangnya aku minati dari kecik hihi... yeah...

Tuesday, April 2, 2013

Lulur Scrub yang paling best..

Sebenarnya nak cerita benda ni..dok pikiaq la cerita apa.. rupanya pasal scrub.. ohooo..
Nak kongsi sikit, sekarang ni guna lulur scrub dari puteri binari ni..akhirnya aku dah jumpa yang berkenan
di hati.. aku jumpa yang betul betul puas hati.. harga berpatutan hanya Rm 13.50 je.. sama best macam bodyshop punya scrub la tapi ia agak mahal lingkungan rm 60 mcm tu.. so kite mesti cut cost la.. haha.. dah macam2 jenis scrub cuba.. tp yang tak boleh lupa satu nya campuran asam jawa + garam.. perit pedih bila pakai.. betul2 tak sesuai dgn kulit... disebabkan kulit yang sensitif ni akhirnya aku telah bertemu cinta dengan puteri binari.. huhu


Tadaa... inilah dia... memang puas hati uols.. lepas ni saya akan setia pada puteri binari ini..
Baru 2 kali  pakai, tapi dah rasa mulus saja kulit ni =)

 
Kebaikan Lulur/Scrub 

• menjadikan kulit cantik, halus, gebu dan cerah.
• Menanggalkan sel-sel mati serta daki pada badan.
• Memutihkan bahagian-bahagian tersembunyi seperti pelipat paha, lutut,siku & celah ketiak.
• Mengurangkan tekanan & keletihan.
• Mengekalkan tenaga.
• Menghindarkan bau badan dan peluh berbau.
• Memperbaiki tekstur kulit.
• Mengurangkan dehidrasi 

So sape2  nak cantik, kene lah rajin scrub.. bagi kulit bersih dan segar sepanjanggggg hari =) 

Sakitnya itu masih terasa


Tadi terjah2 kat wall ternampak picture ni. Sebenarnye joke je la kan.. Tapi bila tengok picture pempuan yang atas sekali tu, tak ada angin takde ribut tiba2 menitis air mata..That means.. i still can't forget at all..huhu..boleh pulak la terkenang perasaan pada masa tu.. Hanya tuhan yang tahu sakitnya tu.. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana keadaan aku masa tu.. rasa nak bunuh diri pun ada. Masa drive, kereta dah speed mcm apa..dah tak fikir nyawa sebab rasa nak mati je.. Astaghfirullah...

Aku bersyukur masih dipanjangkan umur walau miss excident masa tu.. diberi peluang untk ubah diri, perbaiki diri dari segala segi.. mudah2 aan..

Kini, Dalam pada aku nak bebas dari ape2 benda yang mengganggu fikiran.. aku berkawan dengan ramai orang.. Banyakkan bercakap.. banyakkan berjalan2 dengan kawan & family dan mengadu kat Allah akan hal tersebut sekiranya terluang.. Itu je lah mampu aku buat.. kadang- kadang terasa kebebasan, kadang - kadang rasa sedih.. mungkin dalam proses pulih lg ni..

yup... mendapat jemputan perkahwinan drpd rakan2 kadang2 terkelumit jugak rasa cemburu..tapi cuba pujuk diri mungkin jodoh tak sampai lagi.. umur dah 25 dah.. takut jugak kan kalau dah tak laku.. hahah.. tp Takpelah umur itu hanya angka.. yang penting wajah seharusnya lebih awet muda.. kih3..


Thursday, March 28, 2013

Mencari Dunia Yang Baru..

Malam tadi aku betul.. betul rasa tak pasti..
rasa yang tak tahu nak dikata apa, kecewa sedih rindu marah geram..
Aku rasa aku memang betul - betul perlukan suasana yang baru..
Dengan berjumpa orang yang baru..
Karakter yang baru..
Rumah Baru..
Tempat kerja yang Baru..


Aku memang perlukan perubahan untuk terus hidup..

dah lama aku fikir tapi aku takut tak mampu berdikari di negeri orang..


Akhirnya, jari jemari hari ni pantas apply banyak job.. area selangor, KL pasir gudang..

harap - harap ada yang mengena..
aku sayang company ni..
tak da langsung tekanan pihak atasan.
tak pernah kena marah..
macam bos je kat tempat sendiri..
Tp yang tak best nye benefit and gaji lah..
aku tak kisah sangat sebab ada buat side income..
Tapi.. aku memang perlukan suasana yang baru.. itu je la alasan kenapa nak pergi jauh..

semoga bertambah murah la rezeki aku di tempat lain nanti.. amiiiinn..


Wednesday, March 27, 2013

Kepada Jodohku..

Kepada jodohku..




Awak.. mungkin saya tak tahu langsung siapa awak lagi..

tapi saya yakin.. Allah mempertemukan kita nanti..

Walau siapa pun awak, walau di mana pun awak, saya tak kesah..

asalkan awak mampu bahagiakan saya ya?.. 

boleh jaga saya sebaiknya dan mampu bimbing saya ke jalan Allah..


Saya harap awak pun begitu..

boleh terima saya seadanya..

segala kekurangan saya.. 

latar belakang saya.. 

cara saya.. 


awak... saya dah sangat serik bercinta..

Saya takut dengan insan bergelar lelaki..

Tapi saya tak akan boleh buat begitu..

Sebab saya perlu cari awak jugak suatu masa nanti..


Siapa awak.. dimana awk? Hanya Allah yang tahu..

Awak.. lepas ni biarlah awk jadi cinta terakhir untuk saya..

Sehinggalah ke akhir hayat saya ya?..

Saya takkan jemu mencari awak..

dan takkan jemu meminta pertolongan agar dpt dipertemukan dengan awak nanti..

Jangan lupa makan..

Jangan lupa solat..   

Jaga diri baik - baik tau.. jangan nakal2 ye..


Friday, March 22, 2013

Masih Aku cinta...

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/lirik-lagu-masih-aku-cinta-shila-amzah.html#ixzz2OEeikvj5



Buat insan yang masih aku cinta.. aku mendoakan agar kamu bahagia..
Aku minta maaf atas keputusan yang aku buat masa itu sebab aku memang 
langsung tak dapat membendung kesakitan itu..
Mungkin takdir memisahkan kita.. aku yakin ini yang terbaik yang Allah rancangkan... 

Friday, March 15, 2013

Single - Kekuatan yang luar biasa =)

Tiba - tiba dapat satu kekuatan..
sesuatu kegembiraan yang tak di sangka- sangka.
Seolah- olah berubah menjadi seorang power rangers pink..
Yang bersedia berkhidmat untuk negara.. kikikih.. ape bende la yang aku merepek ni..

Tapi seriously, aku terasa sesuatu yang aku tak pernah rasa..
setelah bertahun lamanya..hari ni... tiba-tiba je aku dapat kekuatan itu hari ni....
semangat plak nak buat aktiviti dengan status yang ade sekarang ni..
freedom.... ye mmg sunyi.. tapi kan terasa kebebasan yang di luar jangkaan
ibarat ade kat satu padang rumput yang luas terbentang..




So, people out there.. don't be sad bila kamu kehilangan org yang kamu cinta tu..
jangan takut hidup single..
jangan takut jodoh lambat..
sebab itu ketentuan Allah....
bebaskan diri.. kawan dengan orang ramai yang sama-sama single macam anda..
Best gile ok!

Stop Menangis! Hiburkan diri anda dengan aktiviti/ hobi baru anda ok!! Yosssh.. happy ok.. tapi ape pun jaga la perbatasan tu.. lagi2 kalau kamu tu seorang wanita.. ok??







Thursday, January 3, 2013

Kesudahan aku parah




Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah 
Kesudahan aku parah

Tuesday, January 1, 2013

Azam 2013

Saya berazam untuk berubah sikap pada tahun ini.

1. Menjadi seorang yang periang dan tak suka memikirkan sangat masalah
2. Nak kumpul duit banyak - banyak
3. Nak kahwin tahun ni jugak (Waallahualam)
4. Nak jadi seorang yang matang
5. berjaya dalam kerjaya diingini..

itu saja.. dah.. tak nak update post sgt dah.. start dengan azam yang baru ... wuhuuu~

Saturday, December 22, 2012

Kuning…



Hari ni hari kuning.. mood tengah kuning.. fail kuning, stepler kuning, baju kuning, tudung kuning..
sebenarnya aku tak tahu apa maksud warna kuning tu.. jap eh aku pergi check sebentar.


" Warna Kuning..Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang menyebabkan kita sentiasa ceria. warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan. " Sumber:http://www.xpresi.org/warna-dan-ertinya/

Tadaa~ ini dia.. hehe.. so maksud yang baik la kan.. Alhamdulillah ~ yok sama2 pakai baju colour kuning hari ni.. hehe..









Friday, December 21, 2012

Kekurangan Keajaran



Aku setuju kalau orang kata Malaysia ni biadap. kat dalam senarai readest digest dapat tempat ke 34 haha…. memang kurang ajar, berenti kat tengah jalan mcm tak buat salah, bagi tumpang kawan2 dia, terkedek2 macam siput, sampai kene hon dengan kami semua, memang salah awak, then awak bagi isyarat lucah??? apa kata awak undur saja kete tu, langgar kami semua.. itu baru kira biadap betul..

Thursday, December 20, 2012

Selamat Pagi Cinta





Indahnya hari ini.. disulami cinta & kasih yang kembali erat.. kukuh kembali..

Aku mulai jejakkan kembali kealam nyata setelah diawang awangan sejak dua menjak ini..

Semoga pengajaran ini, dapat menyatukan kita berdua di masa hadapan. Juga menyatukan kembali cintaku supaya kuat dengan mu Ya Allah.

Aku hanyalah insan biasa yang tak terlepas dengan dosa. tapi insyaallah, aku akan cuba memperbaiki diri ini sedikit demi sedikit kerana aku sedar bahawa cinta pada manusia mudah ditarik balik. Tapi tidak dengan cinta pada Allah. Allah yang satu- satunya.. 

Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untukku menyambut seru cintamu =) 

Tuesday, July 10, 2012

PENYAKIT ANOREXIA NERVOSA & BULIMIA


Tau tak betapa bahayanya menghidapi penyakit anorexia nervosa boleh refer pada maksudnya di SINI atau lagi satu penyakit iaitu bulimia, maksud boleh refer kat SINI.

PERNAH tak kamu menghidapi penyakit sebegini?. Aku pun pernah hadapi. Nasiblah tersedar  awal ketika itu. Aktiviti diet aku seperti itu mungkin tak sampai 1 tahun pun. Ia bermula dengan perasaan rendah diri yang memuncak. Kemudian DETERMINATION itu kuat untuk menguruskan badan. Masa tu tak gemuk, Cuma berisi je lah. Tapi sakit hati bila orang kutuk gemukkk!!! arghh sakit betul hati!


aku telah CRASH DIET. Sampaikan setelah 6 bulan baru aku perasan ada masalah keguguran rambut sebab kurang sangat nutrisi.  HUHU! Kadang2 kalau rasa bersalah sangat termakan banyak, sampai korek-korek tekak untuk muntahkan balik. teruk kan!!! 

Nasiblah satu hari tu aku boleh ternampak yang aku dah kurus sangat. tapi bukan senang nak ubah tabiat diet tu.. bila makan banyak je rasa bersalah.. tapi aku tambah portion makan sedikit demi sedikit.. akhirnya berat dah naik 7 kilo sekarang..(dah terover plak hehe) ambil masa 5 tahun  gak tu.

Orang yang tengok takkan tau apa yang kami ni rasa. bila awk menghidapi penyakit aneroxia nervosa, awak rasa awak masih gemuk, walau sebenarnya awak dah kurus sangat-sangat. orang tegur awak dah kurus sangat pun awak dah takkan ambil peduli benda tu. yess betul!





MORAL OF STORY:
Diet kene seimbang, jangan sampai skip2 makan tak elok. Seeloknya kurangkan kuantiti setiap kali waktu makan. Banyakkan sayur dan buah-buahan dan sumber protein. Kurangkan yang berlemak.. hee.. tu saje dari… =)  paling penting sekali jauhkan diri dari makanan ringan atau fast food.. tau tak kandungan lemak dalam makanan tersebut sangat tinggi! bahaya ok..

Friday, June 29, 2012

Kusam tak bermaya~

ARRRHH.. menci, menci..
Rasa sangat hodoh je sekarang, bila tengok cermin, macam tak caya dah tak comel macam zaman kat u dulu. Nampak Kusam, tak bermaya, muka series, ade menggelupas kat tepi bibir.Kenapa ni? wuaaa... Seriously, i hate my face now. I don't know what to do. Macamana nak buatkan muka ni bermaya yang macam orang tak cukup tido seminggu... errrkk 

Aku sangat jeles bloggers yang sangat cantik. pandai berfesyen. sampi terasa-rasa nak ikut cantik & fesyen macam diorang. Bukan tak boleh.. boleh.. tapi buat jangka panjang, tak bersesuaian dengan saya. serious ni, memang tak sesuai nak pakai dress dengan inner, dengan cardigan ok lagi kot (hihi). takpelah~~ dripada membazir  duit beli pakaian yang tak tahu boleh pakai sampai bila tu, baik beli baju kurung, sopan, ayu-ayu gituw~~~ dosa pun kurang la sjugak.. Yela risau jugak kalau terbonjol sane sini gituw.. Tak selesa kalau orang-orang (esp: lelaki) pandang. Kalau baju kurung, tak pe la jugak ek orang nak pandang2 sebab bukan sebab memandang ke arah yang tak baik.. hmm.. harapnye lah..


So... boleh tak jadi kan ana rafali sebagai model ?????Kalu wajah ni plak.. hemm nak try tengok kat cosway ape yang sesuai. Harga pun ok.. harga yang mampu milik. barang pun insyaalaah berkualiti.. yess.. esok nak shopping weeehuuu!


Cantik kan?? i nak cantik ala-ala gadis melayu gituw.. hehe~~


Thursday, May 24, 2012

I hate myself!

benci.. bencikan diri ini yang senang sgt menjatuhkan air mata.. kenapa mudah sgt menangis? kenapa mudah sgt beremosi disaat keadaan yang tak memerlukan.. kenapa mudah sgt menangis dihapan khalayak ramai..sangat memalukan!!!