BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 22, 2012

Kuning…



Hari ni hari kuning.. mood tengah kuning.. fail kuning, stepler kuning, baju kuning, tudung kuning..
sebenarnya aku tak tahu apa maksud warna kuning tu.. jap eh aku pergi check sebentar.


" Warna Kuning..Kuning ialah warna matahari. Warna ini lebih optimis dan moden. Tenaga yang disalurkan oleh warna kuning boleh menjadi terlalu kuat. melambangkan kegembiraan, penuh semangat dan riang. Sifatnya girang menyebabkan kita sentiasa ceria. warna kuning pudar akan memberikan kesan berangin dan memercik. Juga dikaitkan sebagai warna panas dan berinovasi. Bagi si pemakai kuning ini lebih gemar menurut peraturan dan bersifat kekeluargaan. " Sumber:http://www.xpresi.org/warna-dan-ertinya/

Tadaa~ ini dia.. hehe.. so maksud yang baik la kan.. Alhamdulillah ~ yok sama2 pakai baju colour kuning hari ni.. hehe..









Friday, December 21, 2012

Kekurangan Keajaran



Aku setuju kalau orang kata Malaysia ni biadap. kat dalam senarai readest digest dapat tempat ke 34 haha…. memang kurang ajar, berenti kat tengah jalan mcm tak buat salah, bagi tumpang kawan2 dia, terkedek2 macam siput, sampai kene hon dengan kami semua, memang salah awak, then awak bagi isyarat lucah??? apa kata awak undur saja kete tu, langgar kami semua.. itu baru kira biadap betul..

Thursday, December 20, 2012

Selamat Pagi Cinta





Indahnya hari ini.. disulami cinta & kasih yang kembali erat.. kukuh kembali..

Aku mulai jejakkan kembali kealam nyata setelah diawang awangan sejak dua menjak ini..

Semoga pengajaran ini, dapat menyatukan kita berdua di masa hadapan. Juga menyatukan kembali cintaku supaya kuat dengan mu Ya Allah.

Aku hanyalah insan biasa yang tak terlepas dengan dosa. tapi insyaallah, aku akan cuba memperbaiki diri ini sedikit demi sedikit kerana aku sedar bahawa cinta pada manusia mudah ditarik balik. Tapi tidak dengan cinta pada Allah. Allah yang satu- satunya.. 

Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untukku menyambut seru cintamu =)