BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 27, 2013

Jodoh itu di tangan Allah..


Jodoh..
Sebenarnya aku  terfikir banyak sangat pasal ni..
berapa ramai yang percaya pada jodoh.
Dulu aku pun sama, tak percaya jodoh itu dah ditetapkan
“kalau kita berusaha kuat dgn pasangan pilihan kita, mesti ada jodoh punya lah” haha.. ini dulu.. tapi kalau dah betul bukan jodoh mesti something unexpected will be happened.


Kemungkinan – kemungkinan pasangan yang kita pilih bukan jodoh kita
1) halangan – berupa halangan daripada family, duit, pekerjaan atau sebagainya yang menyebabkan susah nak bina mahligai.
2) dah bercinta bertahun – tahun tapi tak nampak signal dia nak masuk meminang kita,. kita duk Tanya bila nak masuk meminang, dia kata nanti – nanti..( dan agak sakit hati bila tup tup tahu dia suka orang lain )
3) tak Nampak kesungguhan pasangan kita nak bina ikatan cinta yang halal dengan kita.

3 perkara di atas pun dah cukup untuk tahu sama ada dia ada jodoh dengan kita ataupun tak..tp ini berdasarkan pengalamanku..
Sekarang, aku cuba untuk redha dengan takdir yang di tetapkan..

Aku tak tahu sebenarnya aku dikenalkan dengan seseorang ni adalah kerana takdirnya dia jodoh aku.ataupun…mungkin dia hanya persinggahan  dalam hidup seperti yang lepas – lepas. But the special about is, cara diperkenal serupa macam pakcik makcik zaman dulu – dulu.. heheh. Bukan kerana teknologi.. new experience maybe..

tapi pada aku, Biarlah bersyak wasangka seperti ini. sekiranya terluka lagi ia takkan beri luka lebih dalam seperti dahulu. itu pun dah cukup. Aku rasa cukup dengan air mata untuk kembali bina kekuatan. itu bukan kelemahan.. tapi kekuatan untuk tabah dengan hidup yang Allah rancangkan.

Semua ini masih rahsia Allah sehingga mungkin dapat dirungkaikan kelak…
=)

0 komen mengomen: