BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 25, 2010

Love for one day only~

assalamualaikum para pembaca sekalian..
tajuk diatas tersebut adalah sesuatu yang nak dikaitkan semalam..
serius.. sangat- sangat penat bila balik dari lab
tapi kalau dibandingkan buat proposal tu, lagi sanggup buat experiment sebab tak suka buat kerja menghadap komputer
hemm..
habis je lab, balik makan.. baru nak tidur dah ada orang call da sampai kat bawah..
so pergi lah bersiap- siap sebab mahu prgi puchong
target nak tengok wayang satu family
tapi tiket wayang dah abis
so dengan kanak- kanak tu
jalan- jalan la tengok i-city yang mungkin pada budak- budak tu cantik dan teruja kan (aku dah Bosan)


hmmm...bulan 8 ni bersalin insyaallah. malam tadi baru tanye kabar kakak ipar =)

Monday, July 19, 2010

Terkedu seketika

assalamualaikum kepada pembaca2 yang sudi membaca blog ini..
Apa khabar semuanya? harap sihat sentiasa
hari ini macam- macam kan kita buat ada yang sibuk menghadap komputer, dengan kerja yang berlambak. Ada yang sedang menjaga anak- anak yang sibuk menjaga karenah kanak- kanak yang nakal. Ada yang sedang menimba ilmu. semoga berjaya lakukan apa yang anda sedang capai. Tapi walau apa pun jangan abaikan taggungjawab kita terhadap keluarga sekiranya sudah berumahtagga. Anak- anak itu harta yang tak ternilai yang tidak dapat dibeli dengan harta dan nyawa kita sendiri.

Agak terkilan dengan berita yang disiarkan di new straits time mengenai kanak- kanak dan remaja yang tiada rumah, sedangkan ada diantara mereka mempunyai ibu bapa tetapi diabaikan. mereka tidur di tapak pembinaan yang terbengkalai, menghidu gam, ganja, dadah seolah- olah itulah kehidupan sebenar mereka. ada diantara mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan mereka berpotensi sebenarnya dalam pelajaran. Mereka buat pelbagai cara untuk menampung kehidupan mereka yang tidak "beremak" dan "berayah".

Sebagai salah seorang rakyat malaysia, sya berpendapat sepatutnya masalah seperti ini tidak harus terjadi. apalah yang mampu dilakukan oleh insan seperti saya kalau tidak sekadar melihat. mungkin boleh tapi biasa lah.. rakyat kini beri macam- macam alasan sebelum nak membantu. Tapi puncanya kena lah diselidiki betul- betul. Sekiranya ibu bapa tangani anak dengan baik, masalah sebegini tidak akan terjadi. tegas itu penting. kawal anak- anak itu penting. saya sebagai salah seorang pelajar uitm, mengaku juga syukurlah atas kongkongan dengan tidak dapat kebenaran nak keluar bersosial dengan kawan- kawan,sebab akhirnya saya disini. memang rasanya hidup terumbang ambing di sini sebab tiada siapa yang akan kawal kita di sini selain diri kita sendiri. tapi umur yang dah mencecah 22 tahun, dah tak jauh lagi perjalanan dunia alam remaja kerana dah hampir menempuh alam dewasa dan berumah tangga. mungkin fikiran sudah lebih matang.

akhir sekali.. sedikit peringatan sesama kita,hidup ini bagai layang-layang. kalau layang- layang itu tidak putus, bermakna kita masih terikat dah terselamat dari melayang entah kemana. jadi kena pastikan tali itu kuat untuk pastikan kita tetap teguh di sini =)