BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 29, 2013

Undangan majlis perkahwinan


Sejuk mata memandang. pasangan yang dah diijabkabulkan..
Masing – masing dengan kisah cinta tersendri..
Apapun aku tumpang bahagia untuk mereka..
Semoga mereka bahagia sampai ke akhir hayat.. :')




Monday, May 27, 2013

Jodoh itu di tangan Allah..


Jodoh..
Sebenarnya aku  terfikir banyak sangat pasal ni..
berapa ramai yang percaya pada jodoh.
Dulu aku pun sama, tak percaya jodoh itu dah ditetapkan
“kalau kita berusaha kuat dgn pasangan pilihan kita, mesti ada jodoh punya lah” haha.. ini dulu.. tapi kalau dah betul bukan jodoh mesti something unexpected will be happened.


Kemungkinan – kemungkinan pasangan yang kita pilih bukan jodoh kita
1) halangan – berupa halangan daripada family, duit, pekerjaan atau sebagainya yang menyebabkan susah nak bina mahligai.
2) dah bercinta bertahun – tahun tapi tak nampak signal dia nak masuk meminang kita,. kita duk Tanya bila nak masuk meminang, dia kata nanti – nanti..( dan agak sakit hati bila tup tup tahu dia suka orang lain )
3) tak Nampak kesungguhan pasangan kita nak bina ikatan cinta yang halal dengan kita.

3 perkara di atas pun dah cukup untuk tahu sama ada dia ada jodoh dengan kita ataupun tak..tp ini berdasarkan pengalamanku..
Sekarang, aku cuba untuk redha dengan takdir yang di tetapkan..

Aku tak tahu sebenarnya aku dikenalkan dengan seseorang ni adalah kerana takdirnya dia jodoh aku.ataupun…mungkin dia hanya persinggahan  dalam hidup seperti yang lepas – lepas. But the special about is, cara diperkenal serupa macam pakcik makcik zaman dulu – dulu.. heheh. Bukan kerana teknologi.. new experience maybe..

tapi pada aku, Biarlah bersyak wasangka seperti ini. sekiranya terluka lagi ia takkan beri luka lebih dalam seperti dahulu. itu pun dah cukup. Aku rasa cukup dengan air mata untuk kembali bina kekuatan. itu bukan kelemahan.. tapi kekuatan untuk tabah dengan hidup yang Allah rancangkan.

Semua ini masih rahsia Allah sehingga mungkin dapat dirungkaikan kelak…
=)

Tuesday, May 21, 2013

Cuba...


Aku teringat satu kisah cinta.. terbaca dalam luahan hati seorang lelaki terhadap seorang insan yang dia sayangi.dalam sebuah majalah. Bagaimanapun terhalang kerana orang tuanya telah mencarikan jodoh untuk lelaki itu. Perempuan itu tabah dan memberi kata – kata semangat pada lelaki itu supaya dia tabah dan akur keputusan yang telah ditentukan. 

Lelaki tu menangis. tetapi perempuan tu tenang je.. subahanallah.. ada kan perempuan dapat tahan air matanya dari mengalir walau hati wanita itu cepat tersentuh.. 

selepas lelaki itu berkahwin, dia masih tak lagi mencintai wanita pilihan keluarganya itu.. masih teringat pada bekas kekasihnya. lelaki itu telah menghubungi keluarga bekas kekasihnya dan dapat tahu bahawa dia tengah sakit. Tetapi abangnya telah beri amaran supaya tidak mendekati adiknya lagi.. takut menambah luka hati adiknya itu.


Saya kagum dengan perempuan tersebut kerana
1) dia hormat pada pilihan keluarga lelaki tersebut
2) dia mampu selindungkan kesedihan terhadap lelaki yang dia cintai
3) dia sanggup tanggung derita sendiri dan beri kekuatan pada kekasihnya tanpa perasaan marah.
Cinta wanita itu sangat ikhlas.. tapi apakan daya jodoh tiada..=(


Sebenarnya, aku keliru dengan perasaanku sekarang. Aku tak pinta ini terjadi. saat aku pasrah untuk menerima apa yang mendatang. Saat aku anggap semua lelaki yang hadir dalam hidup aku tak lebih dari seorang kawan, saat aku menjauhkan diri sebab tertekan dengan orang 2 yang cuba mendekati aku lebih dari seorang kawan.. saat aku bersendirian dan berdikari dengan kehidupan yang sumpah best sgt.... Allah mempertemukan dengan sesuatu yang langsung tak dijangka sbb ia memang langsung tak dicari.. sebab aku teringat kata2 dipetik dari sebuah blog “ jodoh kita mungkin dengan orang yang dekat je dgn kita”

Sayang itu memang dah mula ada.. Tetapi Andai kata aku benar - benar jatuh cinta lagi.. Aku harap, aku mampu jadi seperti wanita tersebut. Andainya kebahagiaan itu belum muncul, aku harap mampu harungi lagi segalanya dengan tabah tanpa mempamerkan ia kepada orang lain..  Dugaan yang aku terima pada tahun 2012 & 2013 ni tersangat lah kuat. Tapi.. Alhamdulillah aku bangkit kembali.. Bukan kerana sesiapa.. tetapi kerana diri sendiri..  Cuba juga berbahagia walau dalam tangisan :’)